Ahad, 6 Februari 2011

Berita Harian Online | Eksklusif: 58,611 liat bayar pinjaman PTPK

Berita Harian Online | Eksklusif: 58,611 liat bayar pinjaman PTPK





Lagu Rasmi Kolej Pertanian

Megah nama mu Kolej Pertanian,
Gagah perkasa seluruh warga,
Satu tenaga, satu semangat,
Pencapaian diutamakan,
Setiap kita harus berperanan,
Mengukuh wawasan yang mulia,
Beretika dan tekun berusaha,
Bersama mencapai visi Negara,

Kami warga Kolej Pertanian,
Berdisiplin dan berusaha,
Teras amalan mencapai kejayaan,
Kami janji, kami janji... kami rela...
Bersedia... berbakti...
Peraturan kolej begitu tinggi,
Dengan amanah kami patuhi,
Produktiviti... yang berkualiti,
Menjadi keutamaan kami,

Korus#

Kolej Pertanian Malaysia.....

Khamis, 3 Februari 2011

Gambar Sekitar Lawatan Sambil Belajar Ke Zon Pemprosesan Makanan Bukit Merah Pulau Pinang




Bersama Pengarah Urusan D'yus






Pengarah urusan Pesona Alam ( Tengah )




Demonstrasi masakan si cilik




Presiden Majlis Perwakilan Pelatih 



Gambar kenangan bersama pengarah urusan Nawi's Quqi's, pegawai Pertanian Daerah Seberang Perai, pegawai pengiring Kolej Pertanian Malaysia & Pelatih.

Bersama pengarah urusan Nawi;s Quqi's, pegawai KPM & pegawai Pertanian Daerah.

Lawatan Sambil Belajar Ke Zon Pemprosesan Makanan Bukit Merah Pulau Pinang

Peserta lawatan bergambar kenangan bersama 3 pegawai pengiring

1 Januari 2011 seramai 36 orang pelatih Kolej Pertanian Malaysia bidang Pemprosesan Makanan bersama 3 pegawai pengiring, telah mengikuti satu lawatan ke sebuah Zon Pemprosesan Makanan Bukit Merah Pulau Pinang. Terlebih dahulu saya mewakili semua pelatih yang mengikuti lawatan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Puan Jasni Abdullah dan pegawai daripada Jabatan Pertanian Daerah Seberang Perai Pulau Pinang yang telah mengatur jadual sepanjang lawatan kami ke sana.  Sepanjang lawatan di Bukit Merah, pelatih telah bertemu dengan 4 usahawan IKS di bawah bimbingan Jabatan Pertanian iaitu, Puan Yusnita pengusaha Perencah Serbaguna ( YNR Multi Enterprise ), Puan Nor Azmah Osman pengusaha Tepung Goreng Serbaguna ( Pesona Alam Food Industri ), Puan Noridawatty Mohamad Nawi pengusaha Pes Ikan Bakar ( AYnuf Enterprise ) dan Encik Abu Bakar Bin Haji Ibrahim ( Naw's Quqi's Industry )
  • YNR Multi Enterprise ( D'yus )


    
Pengusaha perencah serbaguna D'yus ( Tengah ) bersama 2 pekerjaNya.

Puan Yusnita yang berasal dari Perlis, yang telah berpindah ke Pulau Pinang bersama suami nya, dan membuka perniangaan perencah serbaguna secara kecil kecilan di rumah dengan hanya bermodalkan 
RM 300 sebagai modal permulaan, beliau yang mempunyai Diploma Pengurusan Perniagaan dari USM dan terpaksa berhenti kerja disebabkan faktor kesihatan. Setelah 3 tahun berniaga secara kecil kecilan, Beliau mendapat khidmat nasihat dari Jabatan Pertanian Bukit Merah untuk membimbing beliau menjadi seorang usahawan IKS. Sepanjang 5 tahun menjadi usahawan bimbingan Jabatan Pertanian Bukit Merah, beliau kini mampu mengeluarkan perencah serbaguna sebanyak 290 kg  sehari dan 1 tan matrik sebulan. Puan Yusnita telah menjalan promosi produk beliau melalui expo & pameran diseluruh negara selain dibantu oleh FAMA, kini produk beliau telah memasuki pasaran Thailand, Singapura dan di sekitar Wilayah Utara. Dengan hanya bermodalkan RM 300 Sekarang Puan Yusnita dapat menikmati pendapat RM 10,000.00 sebulan.






  • Pesona Alam Food Industry

Puan Nor Azmah Osman pengarah urusan Pesona Alam Food Industry.

Pengusaha tepung goreng masala dibawah bimbingan Jabatan Pertanian ini telah memulakan perniagaan beliau dengan bermodalkan RM 100 telah memulakan perusahaan beliau sejak 5 tahun lalu. Berbekalkan formulasi daripa Institut Penyelikan Pertanian Malaysia (MARDI), Puan Nor Azmah memulakan perusahaan tepung goreng serbaguna dengan menggunakan formulasi MARDI kini beliau dapat menghasilkan 250 kg sehari, dan mendapat pasaran luas sekitar wilayah utara permintaan juga meningkat terutamanya pada bulan Ramadhan  dan akan mengembangkan lagi perniagaan ke Singapura dan Thailand. Hasil daripada jualan tersebut Puan Nor Azmah mendapat pendapatan RM2,500.00 hingga RM 4,000.00 sebulan.




Produk keluaran syarikat Pesona Alam Food Industry.




  • AYNUF Enterprise.


Puan Noridawatty Binti Mohamad Nawi, bekas graduan ijazah kejuruteraan elektronik Universiti Sains Malaysia pengusaha pes ikan bakar segera dengan berbekalkan ilmu perusahaan makanan dibawah bimbingan dari Jabatan Pertanian beliau dapat mengeluarkan produk nya sendiri dan mendapat status halal daripada JAKIM dan kini mendapat permintaan luas di seluruh negara produk Puan Noridawatty juga berpeluang untuk memasarkan Hypermarket Jaya Jusco di seluruh negara selain FAMA. Bermula dengan bermodalkan hanya RM 200 kini menikmati pendapatan RM 5,00.00 sebulan.

Puan Noridawatty pengusaha pes ikan bakar segera.



antara mesin yang digunakan untuk memproses.


Pes ayam bakar antara produk yang dikeluarkan.








  • Nawi's Quqi's Industry

Dengan berbekalkan modal daripada hasil jualan nasi lemak dan pisang goreng kini encik Abu Bakar Bin Haji Ibrahim dan keluarga dapat membuka perniagaan membuat biskut. Bukan sahaja menerima tempahan biskut beliau juga menerima tempahan tempahan untuk majlis perkahwinan seperti kek perkahwinan dan produk yang berkaitan. Encik Abu Bakar yang dibantu oleh isteri dan anak nya untuk membantu beliau dalam menguruskan perniagaan mereka. Sebelum ini encik Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai En Burn pernah bekerja sebagai Pengarah di sebuah kilang Teknologi di Pulau Pinang dengan pendapatan sebanyak RM 15,000.00 sebulan sanggup berhenti kerja dan mendapat bimbingan daripada Jabatan Pertanian Pulau Pinang untuk menjalankan perniagaan nya sendiri. Sekarang Encik Burn mendapat pendapatan sebanyak RM 900,000.00 setahun hasil daripada jualan produk mereka.


Isteri pengusaha ( En. Burn ).




Encik Abu Bakar Bin Ibrahim ( En. Burn )



Antara produk yang dihasilkan.


Semoga dengan lawatan ini pelatih dapat memanfaatkan idea dan nasihat yang dikongsikan bersama usahawan usahawan yang terlibat dalam program lawatan ini. Terima kasih juga kami ucapkan kepada Usahawan IKS yang terlibat kerana sudi menerima kedatangan kami.


Jabatan dan Usahawan Yang Terlibat :

Pejabat Pertanian Daerah Seberang Perai Tengah,
Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang
Jalan Kulim, Cherok Tok Kun,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

No. tel : 04-5302493
Fax     : 04-5370869

YNR Multi Enterprise,
No. 1 ZON Pemprosesan Makanan,
IAT Bukit Merah, Permatang Pauh,
13500 Seberang Perai tengah,
Pulau Pinang.

No. tel : 012-5538383 ( Yusnita )
             012-4858921 ( Haizal )


Pesona Alam Food Industry ( Ibu Pejabat )
No. 1236 Mukim 21 Padang Ibu,
14400, Kubang Semang, Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.

No.tel : 017-4056031 ( Pengarah Urusan )
Fax : 04-5214352


AYNUF Enterprise
Zon Pemprosesan Makanan Bukit Merah,
No.4 Jalan Permatang Pauh,
13500 Seberang Perai Tengah,
Pulau Pinang.

No. tel : 019-4264821 ( Penolong Pengarah Urusan )
Laman Web : www.aynuf.com


Nawi's Quqi's Industry
No. 18-23 JKKK Business Centre,
Mk 16 Kg Tasek Junjong,
14120 Simpang Ampat,
Seberang Perai,
Pulau Pinang.

No. tel / Fax ; 04-487 1451


Editorial :
Ecxo Akademik Majlis Perwakilan Pelatih
Sekolah Pemprosesan Makanan
Kolej Pertanian Malaysia.

Sumber :

Pelatih Sekolah Pemprosesan


Komen & Cadangan Anda Amat Kami Hargai.